Thursday, September 22, 2011

September...

Assalamualaikum semua? Apa khabar? Alhamdulillah, Fatin sihat walafiat.. Syukur kepada yang Maha Esa... Hmmm.....SEPTEMBER!!!! Bagi Fatin bulan ini 'special' sangat... Bulan ini adalah Birthday Fatin.. Syukur, Fatin sudah menjadi 13 tahun.. Remaja!!!! Remaja memang mencabar!! =)

Hihihih..Fatin menyambut hari jadi Fatin di Secret Receipe... Simple but Special..=) Seronok sangat..=)
Tiba tiba Fatin terimbau tahun lepas... Pada bulan september, Fatin dan kawan kawan Fatin semua sedang 'struggle' untuk Exam UPSR!!! Ahh!!! memang mencabar tetapi.... seronok sangat!!! Lepas habis exam UPSR  dan PSRA,semua gembira kerana  sudah MERDEKA!!!! Yay!! Kami semua sebebas burung..Hahaha..=) Teacher-teacher banyak menganjurkan aktiviti aktiviti yang berfaedah antaranya ustaz kami mengajar kami memasak,pergi Alamanda bermain boling, pergi 'field trip'dan sebagainya... Ya Alllah, rindunya saat saat itu.. Kalaulah masa itu boleh berpatah balik, Fatin akan menghargai saat saat itu..=) Tetapi masa tidak akan berpatah balik... Kita mestilah teruskan hidup dan mengharungi cabaran yang akan datang.. Tetapi!!! InsyaAllah, Fatin tidak akan melupakan saat saat itu, kawan kawan Fatin,   teacher teacher Fatin yang telah banyak membantu Fatin dan Eureka seekers dan semua warga Sri Ayesha. Semoga hubungan kami akan berkekalan selama lamanya.. Amin..=)

Rasanya sudah panjang berjela jela Fatin tulis..Terima Kasih kerana sudi membaca nukilan Fatin pada kali ini.. Appreciate it!! Minta maaf kerana 'update' lambat..=) Lupa pula untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.... May Allah protect,bless and guide me and you.. Amin..

-Fatin Nadhirah( Salah satu ahli Eureka Seekers)-



No comments:

Post a Comment